Peraturan-Peraturan Acara 4 x 100 ( KOAM )
1. Garisan –garisan 50mm, akan dibuat melintasi balapan menandakan jarak-jarak bahagian dan peringkat garisan permulaan.
2. Garisan
selebar 50mm akan dibuat melintasi balapan 10 meter sebelum dan selepas
garis permulaan untuk menandakan zon penukaran baton. Baton mestilah
ditukarkan dalam lengkongan di antara dua garisan ini. Garisan-garisan
ini hendaklah diambil kira di dalam ukuran-ukuran zon. Di dalam acara 4 x
100 meter seseorang ahli pasukan selain daripada pelari pertama boleh
memulakan lariannya tidak lebih daripada 10 meter di luar zon penukaran
baton. Satu tanda yang jelas akan dibuat di setiap lorong untuk
menandakan had jarak yang debenarkan. Semua peserta 4 x 100 meter akan
berlari di dalam lorong masing-masing sehingga ke garisan penamat.
· Pelari
pertama dalam acara 4 x 100 meter berganti-ganti hendaklah erlari
mengikut lorongnya sehingga ke akhir lariannya dan pelari berikut pula
hendaklah berlari di dalam lorongnya sehingga ke akhir selekoh
pertamanya. Walaupun demikian, bagi acara 4 x 100 para peserta mestilah
berada di dalam lorong masing-masing di tempat penukaran baton. Pelari
kedua tidak dibenarkan memulakan larian di luar zon penukaran baton.
Begitu juga bagi pelari ketiga dan keempat.
· Pelari
kedua bagi setiap pasukan boleh keluar daripada lorongan masing-masing
apabila melintasi garisan melintang di akhir selekoh pertama balapan
yang berukuran setebal 50mm dan kedua-dua hujungnya ditandakan dengan
bendera sekurang-kurang 1.50 meter.
NOTA:
Sekiranya tidak lebih daripada 3 pasukan bertanding di dalam acara 4 x
200 meter dan 4 x 400 meter lari berganti-ganti disyurkan pelari pertama
berlari mengikut lorong masing-masing sehingga selekoh pertama balapan.
TANDA-TANDA
3. Apabila
acara lari berganti-ganti dilarikan dalam lorong, peserta boleh membuat
tanda diatas balapan dalam lorongnya sendiri iaitu menggaris dengan
kasutnya, tetapi ia tidak boleh meletakkan sebarang benda yang tidak
boleh digaris dengan kasut, apa-apa bahan yang diberi oleh pihak
Pengelala boleh digunakan atas pertimbangan Pengadil.
BATON
4. Baton
mesti dibawa dengan tangan sepanjang masa perlumbaab. Jika terjatuh,
ianya mestilah diambil kembali oleh peserta yang menjatuhkannya. Peserta
itu boleh meninggalkan lorongnya untuk mengambil semula baton yang
terjatuh. Peserta itu akan disingkirkan sekiranya dengan berbuat
demikian ia akan mengganggui peserta lain. Di dalam semua acara lari
berganti-ganti boleh mestilah ditukarkan di dalam zon penukaran baton.
Penukaran baton bermula apabila baton berada di dalam pelari tersebut.
PEMBENTUKAN: Baton
mestilah tiub kosong dan licin dan bulat, dibuat dari kayu, logam atau
benda yang kejor/ tegar dalam satu pecahan. Panjangnya tidak lebih dari
30sm. (1 kaki ) dan tidak kurang dari 28sm.(11 inci). Lengkaran
(kelilingnya) antara 120-130 milimeter (4.75 inci) dan beratnya tidak
kurang dari 50 gram.
5. Di
bawah arahan pegawai berkenaan, pelari ketiga dan keempat bagi acara 4 x
400meter, menempatkan diri mereka( dari dalam ke luar) di tempat
menunggu mengikut giliran ketibaab ahli pasukannya yang telah melepasi
jarak 200 meter. Apabila pelari yang akan mendatang itu melepasi jarak
ini, pelari yang menunggu di tempat permulaan zon menukaran boton
mestilah menunggu mengikut giliran dan tidak boleh menukar tempat
tersebut.
6. Peserta-peserta
setelah member baton hendaklah berada dalam lorong masing-masing
sehingga peserta-peserta lain telah lalu, supaya mengelakkan gangguan
kepada lain-lain peserta.
Sebarang
peserta dengan sengaja, menghalang peserta dari lain-lain pasukan
dengan berlari di lain tempat atau lorong selepas tamat bahagian akan
menyebabkan pembatalan pasukannya.
7. Bantuan dengan cara menolak atau lain-lain cara akan menyebabkan pembatalan.
8. Apabila
sesuatu pasukan lari berganti-ganti telah mula bertanding hanya dua (2)
peserta tambahan boleh menggantikan keanggotaan pasukan itu untuk
pertandingan seterusnya;
Penggantian-penggantian
hanya boleh dibuat dari senarai nama-nama peserta yang telah pun
tercatat sama ada untuk acara itu atau acara-acara yang lain.
Komposisi pasukan dan
giliran ahli-ahli pasukan untuk acara lari berganti-ganti mestilah
dinyatakan secara rasmi sebelum permulaan setiap pusingan pertandingan.
Apabila seorang peserta
memulakan pertandingan di pusingan-pusingan awal ditukarkan dengan
seorang peserta ganti, ianya tidak boleh dikembalikan kepada pasukan itu
lagi.
No comments:
Post a Comment