Larian Berganti-ganti 4 x 100 Meter (4)
Latihan Ansur Maju Pertukaran Baton
a) Latihan static- berpasangan
Latihan
ini terdiri daripada 2 orang pelari, pelari A dan pelari B. Pelari A
berdiri lebih kurang satu meter di belakang pelari B. pelari A memberi
isyarat kepada pelari B dan pelari B menghulurkan tangan kanannya ke
belakang. Pelari B kemudian menarik tangannya ke hadapan sebaik sahaja
pelari A menepuknya dengan tangan kiri. Lakukan latihan ini secara
berulang-ulang.
b) Latihan bergerak- berpasangan
Asingkan
kedudukan kedua-dua pelari dalam jarak lebih kurang 30 meter. Pelari A
berlari dan apabila dia sampai di tandaan, pelari B pula mula berlari.
Pelari A terus mengejar pelari B untuk member baton kepadanya. Jarak
bolehlah diubah mengikut kesesuaian.
Penamat
Dalam
acara larian berganti-ganti 4 x 100 meter, pelari yang terakhir tidak
digalakkan melompat ke garisan penamat semasa menuju ke garis tamat,
sebaliknya dia hendaklah terus berlari mengurungkan kepantasannya.
Biasanya pelari akan mendapatkan tangannya ke belakang dan badannya
(bahagian torso) digerakkan ke hadapan. Ada juga sesetengah pelari yang
menamatkan lariannya dengan gaya menundukkan bahagian kepalanya apabila
tiba di garisan tamat.
Peraturan berlari (KOAM)
Peraturan Umum
· Dalam acara 4 x 100 meter setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 4 orang peserta dan seorang lagi pelari simpanan.
· Kedudukan
pelari bagi sesebuah pasukan ditentukan oleh jurulatih sebelum
perlumbaan dijadikan. Sebarang penukaran pelari hendaklah dibuat sebelum
perlumbaan demulakan.
· Komposisi
pasukan dan giliran ahli-ahli pasukan untuk acara lari berganti-ganti
mestilah dinyatakan secara rasmi sebelum permulaan setiap pusingan
pertandingan.
· Semua
pelari dalam sesebuah pasukan akan berlari dalam lorong yang sama yang
telah ditetapkan menerusi undian sebelum perlumbaan dijalankan. Semua
pelari dalam acara 4 x 100 meter berganti-ganti hendaklah berlari
mengikut lorongnya sehingga ke akhir lariannya.
· Pelari
hendaklah berlari dengan mematuhi aturan dan undang-undang yang
ditetapkan. Sebarang tindakan, perbuatan atau perlakuan yang boleh
menghalang atau mengganggu perjalanan acara ini boleh menyebabkan acara
larian dibatalkan.
· Setiap
pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan baju yang bernombor
serta lambing dan warna pasukan masing-masing. Nombor peserta hendaklah
dipakai di depan (dada) dan di belakang.
· Pelari
pertama hanya akan memulakan larian setelah isyarat diberikan pegawai
pelepas. Arahan sebelum lumba lari adalah : “ ke garisan” “sedia” san
diikuti oleh bunyi pistol.
· Torso (bahagian dada) seseorang pelari yang pertama tegak lurus dengan garisan penamat dianggap sebagai pemenang.
Baton
NOTA: Baton
mestilah tiub kosong dan licin dan bulat, dibuat dari kayu,logam atau
benda yang kejor/tegar dalam satu pecahan. Panjangnya tidak lebih dari
30sm. (1 kaki) dan tidak kurang dari 28sm. (11 inci). Lengkaran
(kelilingnya) antara 120-130 milimeter (4.75 inci) dan beratnya tidak
kurang dari 50 gram.
· Penukaran
baton hendaklah dilakukan dalam petak penukaran(zon mengambil alih)20m.
Garisan selebar 50mm akan dibuat melintasi balapan 10 meter sebelum dan
selepas garis permulaan untuk menandakan zon penukaran baton. Penukaran
yang dibuat di luar kawasan akan menyebabkan acara larian dibatalkan.
NOTA:
Penukaran baton bermula apabila ianya menyentuh tangan pelari penerima
dan ia berakhir apabila baton berada di dalam pelari tersebut.
· Peserta-peserta
setelah member baton hendaklah barada dalam lorong masing-masing
sehingga peserta-peserta lain telah lalu, supaya mengelakkan gangguan
kepada lain-lain peserta.
· Jika
seseorang menjatuhkan baton, pelari yang menjatuhkan baton itu
hendaklah mengambilnya semula dan menghantar kepada peserta seterusnya.
Semasa mengambil baton dari balapan, pelari itu tidak seharusnya
mengganggu pelari lain.
· Pelari pertama dalam acara ini hendaklah bermula dengan menggunakan blok mulaan bersama dengan membawa baton.